Breakdown
Posted by
Zulkhairi Azam K-e
, at Friday, September 04, 2009, in
Masalah...masalah
Tak pernah lari dari hidup kita. Tp persoalannya bagaimana caranya kita mengatasi masalah tersebut...
Kematian, perpisahan, putus cinta, masalah belajar adalah di antara tragedi-tragedi yang biasanya berlaku kepada kita.
Normalnya seseorang manusia itu dia akan bersedih, meruntuh jiwanya, hilang harapan utk terus hidup apabila dilanda sesuatu masalah atau dugaan dari Allah SWT.
Sering dilihat manusia itu lebih 'gemar' dirinya diselubungi oleh emosi dari akalnya. Tidak salah utk kita bersedih, utk kita menangis kerna kita jua adalah manusia yg mmg tidak sempurna, makhluk istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT utk mempunyai perasaan..akan tetapi utk berapa lama harus kekalkan keadaan sedemikian?
Mudah utk saya bercakap sebegini, tapi utk kita yg masih muda mentah ini haruslah kita kuatkan jati diri dan keyakinan..kuatkan pegangan akidah dan kepercayaan kita kpd agama utk menghadapi cabaran2 yg mendatang.
Bayangkan, apa shj masalah yg kita lalui tatkala ini jika dibandingkan dgn cabaran2 dan dugaan yg amat hebat yg terpaksa ditanggung olh para sahabat nabi dan nabi-nabi kita yg terdahulu di dalam perjuangan mereka utk menegakkan Islam. Direjam..dipijak2..dihina..dipulaukan..malah dibunuh. Tapi mereka ttp kuat...kuat dgn keyakinan mereka terhadap kuasa Allah SWT, jarang kita melihat mereka membenci dan meratapi masalah yg dialami, kerna mereka tahu apa yg berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan percaya kepada balasan syurga...
Dari situ, cuba kita ambil sedikit pedoman. Contohi semangat pejuang2 agama Islam yg terdahulu. Kalau lah kita bersedih, meratap sehingga merasakan hidup ini tiada puncanya lg, hidup ini tidak adil atas alasan putus cinta atau perpisahan..maka rugilah kita. Rugi yang amat.
Dan jika pada umur yg muda ini kita sudah merasakan sedemikian, bagaimana pula harus kita tempuhi cabaran2 dan masalah2 yg jauh lebih HEBAT azabnya pada masa akan datang??? Kita selidik diri sendiri dalam2 dan fikirkan kemungkinan itu.
Apa shj yg berlaku semuanya ada hikmah dan maksudnya yg tersendiri. Terpulang kepada diri sendiri utk mencari maksud di sebalik kejadian...Sesungguhnya qada dan qadar Allah SWT itu wujud, terpulang kepada kita bagaimana kita ingin mencorakkan masa depan dan kehidupan kita.
He who loses money, loses much;
He who loses friend, loses much more;
He who loses faith, LOSES ALL.
p/s: dugaan paling hebat setakat ini dgn dateline super major assignment (proposal & 3 graduate exam papers) dlm masa yg AMAT singkat. heh